Wednesday 13 July 2016

Saat sukar


tatkala diri keseorangan, maka disitulah semuanya bakal terluah. perasaan marah, sakit hati, iri hati dan mcm2 lagi mudah terhambur keluar dr pekung yg tersimpan lama didada.

Ternyata bukan mudah untuk bersabar bila menghadapi kesusahan. Dan bukan juga mudah utk menerima  nasihat 'sabarlah min' dr org lain. Tapi, percayalah..sabar itu indah...dlm seganap aspek dlm kehidupan kita.

Pertama, perbanyakkanlah beristighfar. Dgn istighfar itu akn memadamkan dosa2 yg telah lalu lantas membantu kite utk melihat dgn lebih jelas lg dgn mata hati dan hikmah disebalik apa yg berlaku.

Kedua, tahan diri dari berkata dan fikir yang bukan2. Takut2 kita mudah menyalahkn tuhan dlm apa yg kita hadapi tanpa sedar.Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَليَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُت

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah ia berkata baik atau hendaklah ia diam.” 

Ketiga, husnuzhon yakni bersangka baik. Bersangka baiklah pada Allah. kerna Allah tidak akn pernah menzalimi hambaNya dgn apa yg hamba itu tidak mampu bebani. Bersabar lah, kerna kite merancang, Allah juga merancang, dn Dia ada perancangan terbaik utk kita.

Kemudian sedikit demi sedikit, barulah kita akan redha dengan takdir yang ditentukan. dan mgkn kita bersyukur dgn ujian yg menimpa selepas bilamana kita mula nmpk hikmah-hikmah yg tersembunyi sblm nih.

Tiada yang tidak cantik kerana segalanya dalam aturan Allah. Ikhlaslah menerima sakit dan perit kerana disitu akan lahir suatu perasaan disayangi. Disayangi Allah dan Rasulnya. :')






No comments:

Post a Comment