Tuesday 30 August 2011

Salam perantauan... :)

assalamualaikum..

raya di perantauan...ni ler gambar paling semangat yang kitorg ambik sebab nk masuk salam perantauan kat BH, kalo x pun UTUSAN...tp last2, x kluar pun...hahaha..adoi,sedih beno...mmg memoir yg x pena pun terfikirkan oleh diriku sehingga lah ke hari ni..dimana saya telah meraikan hari raya aidilfitri di perantauan, iaitu di mesir..tanpa ibubapaku yang sangat kurindui, tanpa adik-beradikku yang sangat kusayangi, tanpa sanak saudara yang suka bagi duit raya, atau bhs mudahnye tanpa insan2 yang tersayang, tp oke je, bkn selalu pun.


Sebenarnye walaupun raya diperantauan pun...ada keseronokkan dia yang tersendiri...dan salah satunye kita dapat mengenali adat di sesuatu tempat dengan lebih dekat lagi...sbb time2 cmni kalo kat mesir ni tengah cuti...hihihi...mmg free ler..senang nak tgk orang mesir ni suka wat apa...and mmg byk mende termasuk ler bersahur ...berpuase.. berbuka..sume dgn member2 je...kdg2 bila fikir2 balik nape tak balik...rasa macam nak nangis pun ada gak...hurmm...


Pagi2 raya pun rasa macam janggal je..sbb sume org arab pkai jubah...kite plak pkai baju melayu..adoi..sorg2 je plak tu...segan2..terus naik balik umah tukar jubah...haha...mende ler..then pegi ler solat sunat raya...awal2 tu oke je..pastu waktu orang tengah khutbah tu...tertido ler plak...addooii...kes semalam ler ni...x tido sebab sebok siapkn persiapan untuk wat makan besar2an kat sni ngan  sume bdk2 malaysia...hahaha..terok beno..

Dan lepas solat raya tu..sume orang pun balik...bersalaman ngan orang arab..semangat btol orang2 arab ni, ]bukan setakat salam je..siap doa lagi "kullu sanah, wa enta toyyiibin"( sepanjang tahun kamu oke[insyaAllah[) .."taqaballahu minna waminkum" ( semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu [ibadah] )... tesenyum2 saya dibuatnye...betapa baeknye diorg nie...walaupun x kenal...tp diorang ni suke mendoakn kebaikn utk saudara2 seislam mereka...terharu sangat...pastu nmpk budak2 ni berebut belon2 yang diorg sangkut kat tali sebelum solat tadi..haha..nampak keceriaan diorang...haha...teringak kat famili yang berebut nak dapat duit raya...hahaha :')..

x ckup dengan tu...budak2 malaysia pun ada jgk wat solat raya sendiri, tempah satu masjid..then wat solat raya ngan khutbah, yang bestnye khutbah dlm bahasa melayu =D, pastu habis je khutbah tu, sume bersalam-salaman sesama kitorang dan tangkap gambar same2...rupanya xde ler sorg2 sangat kat mesir ni...makanan pun ada gak...ada rendang, nasi impit, kuah kacang, bahulu pun ada!!..mmg hebat btol ler senior ni...hahaha

memang best btol raya kat sni...byk pengalaman...tp still rindu kat malaysia...ahhaha..rilek2 suda..tahun depan insyaAllah balik....so...thun ni nye raya kene kasi rasa btol2..takut nnt rs macam tanak blik plak...hahaha...adoi..

oke ler dlu..till my next post...haha..wassalam..



Sunday 28 August 2011

Selamat menyambut hari raya eidul fitri kpd sume... ;D


Setelah cukup sebulan kita berpuasa, membersihkn diri dr dosa2 yg lalu, kini tiba pula masa utk kita bergembira menyambut hari kemenangan kita. Disamping bermaaf-maafan sesama sanak-saudara, kita juga disunatkn utk melakukan bbrp perkara utk memeriahkn lg suasana di bulan syawal ini agar kita sentiasa berada dalam lingkungan kasih sayang dan rahmat Allah S.W.T, amalan2 ini adalah sunnah yg ditgglkn oleh nabi Muhammad utk ummatnya, antaranya: 

• Bertakbir.
Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:
“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” – Surah al-Baqarah:185.
Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri.

• Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.
Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

• Meneruskan qiamullail.
Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.

• Mandi pada pagi hari raya.
Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:
“Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.

• Makan sebelum solat Aidilfitri.
haiishh....sedapnye rendang ngan ketupat  nih!!!
lomang pun ada...haha
Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Tetapi kalau takde kurma boleh je isi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.
“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.


• Memakai pakaian yang indah.
Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:
“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.” – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.
Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. 
 Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaum wanita. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.” – Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.
Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya.

• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.
Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:
“Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.” – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.
Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.
Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.
Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:
“Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:
“Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikan darjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.” – Rujuk Zaadul Ma’ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.

• Tempat perlaksanaan solat hari raya.
Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:
“Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat).” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

• Mengerjakan Solat Aidilfitri
Di antara syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.
Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:
“Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah).” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

• Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri
Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata: “Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati.” – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.
Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:
“Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

• Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal
Sabda Rasulullah s.a.w:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
"Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia 
berpuasa seperti setahun penuh."(Hadis Riwayat Muslim) 
- Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, kita bebas utk memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.

akhir kata...sekiranya ada tersalah tulis, terkasar bahasa, terguris hati...penulis diharap agar pembaca sume dpt memaafkn sgl salah silap krn diri ini ttp seorg hamba yg lemah yg tidak terlps dr membuat dosa...semoga ia memberi kesedaran kepada kita &  bermanfaat kpd sume ye..selamat beramal.. ;)

Saturday 27 August 2011

selamat tinggal ramadhan.. (T_T)

Pejam celik, pejam celik..sedar2, tggl 2 hr je lg nk pose ni..Allahu akbar...cepat btol mase berlalu..
Ya Allah..sedih rsnye nk tinggal kn ramadhan kali ni...rs bermakne btol ramadhan kali ni...walaupun tak berpuase disisi keluarga tercinta...tp...alhamdulillah...mmg rasa bersyukur btol sbb dpt jgk berpuase penuh tahun ni....rs cm taknak lepaskan je ramadhan ni...kalaulah bole nk setiap hari dlm hidup ni adalah ramadhan...begitu banyak rahmat, keampunan..dan ganjaran yang Allah dah beri...entah jumpe lg atau pun tidak thun dpn...

memang btol ape yg orang selalu ckp...


Hadirnya dinanti,

Perginya ditangisi...

memang terase begitu hampir perpisahan ini...


ya Allah....bantulah hamba-Mu ini utk teruskn bermujahadah melawan hawa nafsu dan syaitan yg akn Engkau lepaskn utk menguji kami...bantulah kami agar kami terus istiqamah dengan setiap amal kami yg kami lakukan waktu ramadhan ni....ya Allah..agar kami sentiasa bersama dengan-Mu malahan merasakan kebersamaan Mu di setiap detik hidup kami...

ya Allah, terima lah setiap amal kami di bulan rahmat ini, setiap huruf dr kitab-Mu yg kami baca, setiap peluh yg kami keluarkan kerana - Mu, setiap titisan air mata suci yg keluar memohon keampunan dari-Mu, setiap langkah2 kami menuju keredhaan-Mu...agar kami sentiasa menyembah-Mu, membesarkn-Mu, bersyukur kepada-Mu, dikala semua manusia sedang nyenyak dibuai mimpi..

selamat tinggal ramadhan...moga2 kita bertemu lg tahun depan..dan akan ku layani mu dengan lebih baik dr tahun ini, insyaAllah..

..اللهم بلغنا الى رمضان سنة لجى .. امين....يا رب العالمين

Sunday 21 August 2011

allahumma ballighna lailatul qadr.. ameen..


    Begitu pantas masa berlalu dan kini kita sudah berada di fasa terakhir Bulan Ramadhan iaitu Fasa Pembebasan daripada Api Neraka. Sesungguhnya , pada sisa Ramadhan yang terakhir inilah Rasulullah SAW meningkatkan amal ibadahnya lebih hebat daripada kebiasaan Baginda pada bulan-bulan lain dengan Qiamullail, iktikaf dan sebagainya.
Pada 10 hari terakhir ini terdapat fadhilat yang cukup besar lantaran salah satu daripada malamnya merupakan malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu malam Al-Qadr (Lailatul-Qadr). Laylatul Qadr telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
laylatul qadr Menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadhan
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) ketika Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadr: 1-5)
Beribadah di malam itu dengan ketaatan, solat, tilawah, zikir, doa dan sebagainya sama dengan beribadah selama seribu bulan di waktu-waktu lain. Seribu bulan sama dengan 83 tahun 4 bulan. Betapa tinggi nilainya saat yang kita lalui sekarang. Malanglah kita sekiranya makin lemah dan cuai dalam melakukan ibadah meskipun Ramadan semakin hampir meninggalkan kita.
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa melakukan solat malam pada saat Lailatul Qadar karena iman dan mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Muttafaq ‘Alaih)
Contoh yang ditinggalkan kepada kita oleh baginda SAW wajar dijadikan pedoman di dalam mengisi hari-hari terakhir Ramadan ini. Kurangkan menonton televisyen atau mengunjungi pusat-pusat membeli belah. Kerana inilah fenomena yang sering kita lihat kini. Sama-samalah kita penuhi malam-malam terakhir Ramadhan yang menjadi rebutan para hamba-hamba Allah yang beriman dan bertaqwa dengan solat Tarawih, Tahajud, Tasbih, membaca Al-Quran, I’tiqaf, zikir, doa, istighfar dan sebagainya. Tentang waktunya,
Rasulullah SAW bersabda: “Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari, Muslim dan lainnya).
Sesungguhnya, Laylatul Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah sebagai ujian kepada kita dalam mencari rahmat dan kasihNya. Bagi mereka yang benar-benar beriman, keghairahan mencari reda Allah menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah SWT. Sebaliknya bagi mereka yang alpa dan lupa, saat-saat ini seringkali dipenuhi dengan aktiviti persiapan hari raya yang menyibukkan mereka sehingga lalai untuk beribadah dan  terlupa promosi istimewa pembebasan daripada api neraka yang dijanjikan oleh Allah di penghujung Ramadan.

Agar ia dijadikn pedoman dan manfaat bg kita semua, insyaAllah..dan selamat beramal.. semoga kita sama-sama dapat kecapi syurga Allah di akhirat kelak..ameen...;)

Thursday 18 August 2011

jauh perjalanan...luas pengalaman... ;)

 salam aleyk,
alhamdulillah...smlm kitorg dijemput utk bkk pose oleh sorg pak arab... kat umah beliau kat luar mansoura, kmpg ler kirenye.. 'sohha' name tmptnye...mule2 tu mmg terkejut jgk sbb tibe2 je dijemput..kitorg pun ape lg..sbb sorg member pernah ckp.. "REZEKI DTG, JGN DITOLAK..KARANG MENYESAL" hihihihi.. lg pun mmg berminat pun sbb nk tgk apa yg org arab ni wat kat umah dia...bestnye~...

dlm perjlnn tu mmg nmpk ler kekampungan jln rayanye , lalu tepi sungai, ada lalang2 kering lg tepi jln tu...mmg cm blik raye ler plak...pergh...mmg seronok ler!!! smpi tertidur dek kepenatan seharian berpuase (tipu je ni) hahaha


hah...masuk2..jgn x masuk..hihi

sume tersenyum manis je menunggu saat utk berbuka pose...masing2 terfikir apa ler yg nk dihidangkn oleh tuan umah ni~~

ni waktu kitorg dh smpi kat tmpt tu..masuk2 je beliau terus sambut kitorg and suruh  kitorg duduk kat ruang tamu ni....mmg stail arab ler....duduk pun kat atas kusyen tp xde bangku ler...hihihi..


sabo ye kengkawan...ckit je lg...ckiiiit je..

air oren ni...mmg terliur je tgk..pergh...

 ni plak waktu dh lps solat maghrib...hihihi, kat mane tuan umah ni nk bwk kitorg ni??(musykil 0.o)..
hah...intai pe tu???

harmoni je...xde pun bunyi kete cm kat bandar2...


jom makan...sedapnye~..
 haa..ni ler tmpt mkn diorg...kami dihidangkn dgn nasi arab berlaukkn daging, salad, sup daging, makarona, and baked bean?? ( saje bg jealous, hehe :p ) mmg sedaaapp ler mknn ni...mmg terbaek dr ladang

ni plak time nk balik dh ...alamak sedare ni..cm sedih plak....xpe...laen kali kita dtg lg ye...hihihi ;P

mmg sesuatu yg menyeronokkan apabila kite dijemput utk bertandang ke umah org... lg2 org luar ngr ni....bkn stkt tu je...org kmpg plak tu...dh ler x kenal..tp jelas nmpk keikhlasan mereka utk memberi walaupun kpd kami yg rsnye cm x penah jumpe pun beliau ( bukan sume ler)...dan akhirnye kami pulang dgn wajah gembira dan plg penting perut pun dh full~...hahaha..
moral of the story..setiap org islam itu bersaudara, jd menjadi tanggung jwb kite bersame utk menjaga, memelihara, dan membantu sesame kite, kerna ikatan antara muslim itu bknlah ikatan biasa..malahan ia lebih kuat drpd rantaian besi..dan ikatan itu adalah ikatan hati dan iman...
akhir kalam, sgl pujian hanye kpd mu ya Allah.. .and semoga tuan umah tu diberkati sehingga ke akhir hayatnye..ameen.... :D

Tuesday 16 August 2011

17 ramadhan??


Di Malaysia, kite sering meraikn sambutan nuzul quran dimana hari tersebut turunnya al-quran surah al-alaq kpd nabi Muhammad S.A.W di gua hira'... tp kita sering lupe dimana berlaku lg 1 peristiwa penting dlm sejarah islam iaitu peristiwa perang badar kubra yg berlaku pd tarikh tersebut thn ke-2 hijrah..

Ianya jatuh pada hari Jumaat 17 Ramadan pada tahun tersebut. Islam sememangnya menerima tentangan dari orang kafir Quraisy sejak dari mulanya lagi, dari masa Islam mula diperkenalkan secara tertutup sehinggalah secara terang-terangan. Ini akhirnya telah membawa kepada penghijrahan Rasullulah s.a.w  dan orang Islam ke Madinah di mana penduduk di sana telah menerima mereka dan juga agama Islam. Walaubagaimanapun keadaan orang Islam yang tinggal di Mekah menjadi semakin teruk dan  ini mula merebak ke Madinah.

 Perang Badar adalah peperangan yang pertama dalam Islam dan merupakan cara yang digunakan untuk membela keselamatan sosial dan politik mereka.. Berdasarkan ayat Allah dr surah al-baqarah 
"Berperanglah dalam jalan Allah melawan orang-orang yang memerangi kamu, tetapi jangan melanggar batas, kerana Allah tidak suka kepada orang yang melanggar batas. Bunuhlah mereka itu dimana saja kamu jumpai dan usirlah mereka itu sebagaimana mereka telah mengusir kamu. Tetapi ingat pula, bahawa fitnah adalah lebih bahaya dari pembunuhan. Tetapi janganlah kamu berperang didalam Masjidil Haram (Kaabah), kecuali kalau diperanginya kamu disana." jelas perintah itu, iaitu perang bukan untuk memaksa orang masuk Islam, tetapi adalah semata-mata mempertahankan diri kalau diserang. Kerana Islam tidak boleh dipaksakan kepada siapa jua, walaupun kepada keluarga Nabi sendiri.


 Pada tahun ke 2 Hijrah Rasululla s.a.w serta sahabat bersetuju mempertahankan Islam di luar kota Madinah. Tentera Islam seramai 313 orang telah keluar untuk menyekat rombongan pedagang Mekah yang sedang pulang dari  Syam. Abu sufian yang mengetuai rombongan perdagangan Quraisy itu telah mengikut jalan lain untuk kembali ke Mekah dan sebuah bala tentera melebihi 1000 dan serba lengkap dengan peralatan perang  telah datang untuk menentang tentera Islam. Kedua- dua pasukan telah sampai ke tempat bernama Badar pada 16 Ramadhan.

Kaum Quraisy dan bala bantuannya yang banyak itu dikerah oleh Abu Sufyan, mengambil kedudukan dilereng jauh ditempat rendah. Sedang Rasulullah memerintahkan pasukan beliau mengambil tempat dilereng yang dekat ditempat tinggi dari Wadi Badar. 
Seorang sahabat bernama Habbab bin Munzir mendatangi Rasulullah dan berkata: "Apakah kedudukan yang engkau pilih ini menurut perintah (wahyu) dari Allah? Kalau memang begitu, kita tidak akan beranjak dari kedudukan ini. Tetapi kalau hanya pendapat Rasulullah sendiri berdasarkan siasat atau strateji semata, maka saya berpendapat lain. Lebih baik kita mengambil kedudukan ditempat yang lebih rendah, dekat sumber air yang akan diperguna-kan oleh musuh-musuh itu. Kita buat tangki-tangki dan kita gali perigi, lalu kita penuhi dengan air dari sumber itu, kemudian sumber itu kita timbun dengan tanah. Biar musuh tidak dapat air minuman, agar mereka menderita dahaga, sedang kita terus bertempur dengan persediaan air yang banyak  itu." Pendapat Habbab ini dibenarkan oleh Rasulullah, kerana Rasulullah mengambil tempat kedudukan yang pertama tadi itu tidak berdasarkan perintah dari Allah, semata-mata pendapat peribadi beliau sendiri.

 Peperangan di Badar hanya berlanjutan untuk satu hari sahaja bermula dengan pertarungan perseorangan diikuti oleh peperangan terbuka. Seramai 70 orang Quraisy yang terdiri dari pahlawan handal dan pemimpin telah terkorban sementara 70 lagi menjadi tahanan perang. Hanya 14 orang Islam sahaja yang telah mati syahid tetapi Allah telah mengurniakan pahala syahid kepada kesemua mereka yang telah mengambil bahagian dalam peperangan tersebut.


Peperangan Badar merupakan satu kejayaan besar bagi umat Islam. Ianya telah menukar idoelogi Islam kepada sebuah negara Islam yang tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak. Peperangan Badar memberi pengajaran kepada kita bahawa melaksanakan sesuatu tugas dengan kepercayaan kepada Allah serta keyakinan pasti membawa kejayaan. 

Berjalanlah di muka bumi ini...





Diantara semua perkara yang dihadapi yang dapat melapangkan dada dan melenyapkan awan kesedihan dan kesusahan adalah dengan


berjalan dan memerhati, membaca 'buku penciptaan' yang terbuka lebar ini untuk menyaksikan bagaimana pena-pena kekuasaan tuhan...
menuliskan tanda-tanda keindahan diatas lembaran-lembaran kehidupan.
Betapa tidak, karena Kamu akan banyak menyaksikan taman, kebun, sawah dan bukit hijau yang indah mempesona
ciptaanNya.

Keluarlah dari rumahmu,
perhatikan apa yang ada disekitarnya
didepan atau dibelakangmu
Dakilah gunung, jamahlah tanah dilembah
panjatlah batang pepohonan
teguklah air yang jernih
dan ciumkan hidungmu atas bunga mawar
Pada saat itu kita akan menemukan jiwa kita bebas dan merdeka seperti burung yang berkicau melafazkan tasbih di angkasa kebahagiaan.
Keluarlah dari rumahmu, buka langkahmu, 
dan berjalanlah diatas bumi yang luas ini


berjalan, bermusafirlah, melihat kebesaran tuhan yang

diciptakan untuk mereka yang berfikir,
dan bersyukur diatas nikmat dan kurnia-Nya
nilai harganya, iman dan taqwa
bagi hamba yg setia...

Mengurung diri dalam kamar kala sedih akan sunyi bersama kekosongan yang membahayakan
Kamarmu bukan alam semesta.
Kamu bukan  satu-satunya mahluk didalam alam semesta ini,
apakah kamu mahu menyerahkan diri kepada para pembisik kesusahan dan kesedihan?
Tidakkah kamu sebaiknya menyatukan pandangan, pendengaran dan hati untuk menyeru kepada diri kamu sendiri?



Marilah membaca kitab ditepi sungai,
dipinggir hutan rimbun,
diantara burung yang berkicau membaca untaian puisi cinta
atau didepan gemericik air sungai yang sedang berkisah perjalanannya dari hulu ke hilir.

Menjelajahi pelusuk bumi adalah kegiatan yang menyenangkan.
Bahkan para doktor pun menyarankan para pesakit untuk kembali mengunjungi
tempat-tempat yang membuatkan mereka bahagia.
Mari kita jelajahi pelusuk negeri, mencari ketenangan, bergembira, berfikir, dan menghayati
ciptaan Tuhan Yang Maha Kuasa ini.

Marilah kita berjalan keseluruh pelusuk muka bumi ini...dan melihat kesebesaran ciptaan Illahi.. ;)

Monday 15 August 2011

Alhamdulillah.. ;)

assalamualaikum,

At last, setelah diinspirasi oleh bbrp org kwn...akhirnya terdetik jgk dlm hati ini rs utk bukak blog ni...insyaAllah saya akn buat yg terbaek agar blog ini dpt memberi kebaikan dan manfaat kpd sume pembaca...diharap agar dpt memberi sbrg komen agar setiap post yg terdetik dlm kepala ni dpt diperbaiki dr masa ke masa....bak kate pepatah '' "You don't have to be great to start, but you have to start to be great.''...so..pls help me so i can be better and great.....ku akhiri post pertama ni dgn syukran dan terima kasih...till my next new post... ;)