Friday, 25 March 2016

Susahnya perlu bersabar

Bersabarlah wahai insan,
Kerana hidup ini hampir seluruhnya perlukan kesabaran. Nikmat juga perlu kepada kesabaran. Apatah lagi bala mahupun ujian. InsyaAllah, Allah akn bg hikmah dlm setiap apa yg dia beri, baek mahupun tidak.

Tp smpi bile nk sabar nih?

Sabar lah, sabar lah, dan sabar lah..kerana sabar itu memerlukan masa. Sabar juga brmaksud bersabar dlm berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu itu. Kalo sabar je, xde usaha = useless. Contoh plg mudah, bile ibu mengandung, nk xnk perlu kesabaran selama 9 bln utk lahirkn anak.

Untuk dptkn sesuatu, kesabaran itu suatu yg mesti. Kerana untuk mendapatkan sesuatu itu memerlukn masa. Allah juga membuat alam ini dlm 6 hari, tetapi bukan nk tunjuk Allah tuh lemah, sbb Dia mampu je nk wat sume tuh dlm sekelip mata, tetapi nk tunjuk yg sifat sabar Allah itu. Bersabarnya tuhan itu kadang2 x terfikir oleh kita, bayangkn,didunia ini pun dh ramai manusia yg mengutuk Allah saban hari, tapi Dia masih lagi memberi masa, masih lagi memberi nikmat. 

Jadi, kita sebagai hambaNya yg beriman, yg mengikut jalan yg lurus dariNya, sudah semestinya sifat sabar itu perlu subur dalamjiwa sanubari kita. walau apa jua berlaku, susah mahupun senang, bala mahupun nikmat.

Mmg, kdg2 org yg x merasa itu x memahami apa yg dialami. Mmg, kdg2 nak memberi nasihat untuk bersabar itu tidak semudah scr praktikal terutamanya pabila sesuatu yg x elok itu berlaku kpd pemberi nasihat.

Kesimpulannya, kita sendiri kne ambil masa sejenak sblm buat apa2 tindakan, n bykkn bersangka baik dgn Allah dan org2 disekeliling kita, walaupun kita dlm keadaan marah. 

Selamat berjaya untuk bersabar! 

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
"Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) mengatakan, "Kami telah beriman," sementara mereka tidak diuji lagi?"
(29:2)




2 comments:

  1. Catchy song. Best2. Hehe. Sabarlah. One fine day, anda akan ada farmasi sendiri (insyaAllah) :D

    ReplyDelete