Kita selalu bersedih. Bersedih dengan pelbagai perkara. Ada yang bersedih kerana hilang orang tersayang, sedih kerana barangan dicuri, bersedih kerana paras rupa, cacian dan umpatan, serta sebagainya. Tidak kurang juga yang sedih kerana cinta.
Ada waktu, memang manusia merasa kesedihan. Sedih itu, sedih ini...bermcm2 sedih...
Sudah menjadi tabiat, kita sering mencari 1000 alasan untuk bersedihan. dari sekecil – kecil hal dan sebesar – sebesar perkara. Ya, bersedih itu memang baik kerana ia sekali sekala boleh melembutkan hati, tanda jiwa yang sensitif. Tetapi dosnya perlu dikawal. Terlalu lama berendam dalam kesedihan akan mereputkan jiwa. Maka mengapa kita tidak mencari 1000 alasan untuk bergembira?
aik? kena musibah pun nak gembira? Maksud saya disini adalah kita harus berfikiran positif setiap apa yang terjadi. Contohnya, apabila kita kehilangan handset, alasannya mungkin Allah ingin kita kembali kepadaNya setelah kita semakin hanyut dalam urusan dunia. Itu tandanya Allah sayang kepada kita. Tidakkah itu suatu alasan untuk bergembira?
Redha.
Orang “beriman” adalah menakjubkan. Mereka mampu melalui segenap liku kehidupan dengan tabah dan ketenangan.
Segala keputusan Allah adalah BAIK. Anugerah kecemerlangan dan kegemilangan hidup tidak menjadikannya riya’, takabbur, ujub sehingga menyeretnya ke neraka. Timpaan musibah tidak membawa kepadanya putus asa, kecewa dan merungut-rungut sehingga menyeretnya ke dalam kalangan manusia yang tidak bersyukur. Hanya yang “beriman” sahaja mampu menghubungkan jiwanya dengan Allah SWT, untuk redha dengan segala keputusan-Nya. Tunduk taat pada ketentuan-Nya.
Kenapa saya katakan hanya orang beriman dan bukannya orang Islam? Ini kerana, hanya orang beriman je yang percaya 100% tanpa keraguan kepada Allah SWT. Mereka sabar dan redha dengan apa yang terjadi.
Rasulullah SAW sendiri, bersedih hanya seketika. Baik ketika kematian anak-anaknya, kematian isterinya, mahupun kematian sahabat-sahabat baginda yang tercinta. Tp sebagai balasan, Allah menjemput nabi Muhammada untuk bertemu dengan -Nya...bukankah itu hadiah yang paling indah..bertemu tuhan 'face-to-face'..
Cukuplah kita mencari 1000 alasan untuk bersedih dan memanjang-manjangkan kesedihan kita itu. Marilah kita mencari 1000 alasan untuk menggembirakan hati. Hakikatnya, tiada yang buruk dalam pemberian Allah SWT. Semuanya terbaik dan mempunyai hikmah tersendiri. Bila Allah berikan kita musibah, itu kebaikan dari segi peringatan kepada kita.
Tinggal kita sahaja untuk menilainya.!!!!
kadang-kala memang susah untuk kita menerima segalanya dengan hati terbuka..tp dengan berkat kesabaran kita....insyaAllah bkn mustahil untuk kita menerimanya sedikit demi sedikit...and sometimes..times recover...
Allah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 153 :
Jika hati kita terasa KONTANG maka HIBURkanlah dengan ZIKRULLAH,
Jika fikiran kita KUSUT maka TENANGkanlah dengan TASBIH,
Bila dada kita terasa SESAK maka LAPANGkan dengan TILAWAH,
Jika SEDIH menimpa maka Ingatlah :
UNTUK APA?
“Sedih itu tiada guna… dunia ini dicipta bukan tempat untuk bermuram durja, tp tempat untuk kita di uji dan dinilai Allah...which of His servant is the best..for Him to give the best present...." ;)
Kalau tetibe rasa sedih tanpa sebab...?
ReplyDeleteDia rindu tuh, rindu nk dgr rintihan disaat manusia lain sdg enak dibuai mimpi :)
Delete